Pengenalan

Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga aspek utama dalam kehidupan mereka iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian

Biodata Ahli Kumpulan


Nama:Nancy ak Rantai(sebelah kiri)
Tarikh Lahir:15.November
Hobi:menyanyi

Nama:Jeniffer Alyiona Ak Bayat(sebelah kanan)
Tarikh Lahir:23.Februari
Hobi:Memasak

Nama :Meg Chelsea ak Deli(sebelah kiri)
Tarikh Lahir:27.oktober
Hobi:Bermain Bola Jaring

Nama:Nasi Ak Galat(sebelah kanan)
Tarikh Lahir:19.september
Hobi:Bermain Bola Jaring

ADAT RESAM

Pengenalan

Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan juga selepas bersalin. Adat-adat tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.

Sewaktu Mengandung

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;

· Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.

· Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.

· Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.

· Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

· Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.

· Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.

· Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan